Queer Eye For the Blog
My Journey

queer eye for weird guyz - - queer eye for weird guyz - - queer eye for weird guyz - - queer eye for weird guyz - - queer eye for weird guyz - - queer eye for weird guyz - - queer eye for weird guyz - - queer eye for weird guyz - - queer eye for weird guyz - - queer eye for weird guyz

Thursday, August 10, 2006

Bosan
Hidup satu perjudian, menag tau kalah masa yg tentukan. Perlu ker hidup utk diteruskan klu diri sendiri rasa terpinggir dan terbuang, kata org setiap masalah ader jln penyelesaiannyer, tapi macam mana, berat kaki melangkah, berat lagi bahu yg memikul bebannyer. Hidup nie umpama sampan di laut, klu dayung ke kiri, ke ke kiri haluannya, kanan, kananlah haluangan, depan dan belakang semua sama sahaja halanyer,semua mengikut kayuhan kita. Pepatah ader kata" jangan di jolok sarang tebuan", tapi manusia mana dlm dunia nie yg pernah puas dlm semua hal, makin sarang tebuan tu besar, makin fikiran nie jadik geram, makin terasa diri tercabar nak menjolok jugak sarang tebuan.Bila nafsu meraja, hilang daya pemikiran yg sebenar, semua terasa indah, manusia sanggup buat apa sahaja kerana nafsu.
Entahlah, hidup aku penuh dengan kebosanan, bukan tak pernah cuba nak ceriakan diri sendiri, mcm2 cara dah dibuat, tp hanya utk sementara, bila senang kawan semua dtg, mcm semutlah, bila tabur gula, semua berebut, tapi bila dah habis gula, hilang semua, bayang pun tak nampak, betul kata org, kwn masa senang, ramai tapi bila kita susah umpama kita buangkan bangkai, takder org nak lalu dekat, hahahaha, kejam kata2 aku, aku bukan tulis utk menghukum org, tapi aku meluahkan pendapat aku, peduli apa aku ngan kata2 org, org blh tulis dan kata berbagai2, kenapa aku tak boleh, lantaklah apa org nak kata, hak aku, milik aku, blog aku.........
Hahahahahahaha, aku ketawa, aku suka, aku berjenaka, tapi di dalam siapa yg tahu, aku hidup mengharp kasih org, tak der siapa yg tahu, aku menangis di dalam kenangkan nasib ku, siapa yg peduli, org suka lihat aku ketawa, org suka lihat aku buat lawak bodoh, dan aku jugak tahu ader org yg membenci aku, mengata aku, tipu aku katakan manusia sempurna sifat, sedangkan nabi adam dulu pernah membuat kesilapan. Manusia ader macam2 ragam dan karenah, sebab tu manusia semua tak sempurna, klu manusia sempurna dia dah di panggil malaikat.Kawan ader yg depan baik, belakang menikam umpama sebilah pedang. Ader jugak kawan yg baik hati dan yg pemurah ngan rezeki.Ader jugak kawan yg mulut manis di depan, tapi di belakang busok macam longkang atau logi kumbahan najis.So kawan macam mana yg kita nak carik, terpulanglah, tepuk dada bukaklah minda.......Ada yg berkawan memilih rupa dan darjat, ader yg berkawan memilih saiz. Untuk apa kita berkawan sebenarnya, utuk menunjukkan kekayaan dan kemewahan yg kita ada. Atau bila diri merasa "akulah yg paling glamor", "ah, buat apa aku kawan ngan ko, bukannya dapat hasil pun".Begitu angkuh dan somnongnyer manusia yg bernama kawan. Bagi aku, persetan kan kawan yg macam tu, tak rugi takder kawan yg mcm tu, manusia tak selamanyer menongkat langit, klu tuhan kata masa ko dah sampai, patah jugak tongkat nyer nanti.....so terpulang, bak kata pepatah melayu,"rambut sama hitam, hati lain-lain.
Cinta......................................
Ada apa dengan cinta, cinta itu indah ker, cinta itu suci ker.Bercakap pasal cinta, manusia yg mental pun akan bercakap pasal cinta.Cinta satu benda yg sedap didengar, cantik sebutan dan indah bahasanyer. Tapi aku tak faham pengertian cinta sebenarnya. Aku jadik bodoh pasal cinta. Aku jadi biul pasal cinta. Ader org sanggup mati kerana cinta, ader yg berkorban wang ringgit demi cinta, ader yg sanggup membunuh demi cinta. Tapi macam mana pulak definasi cinta bagi golongan aku, golongan PLU, nyeh. Apa maksud cinta bagi mereka?.Bagaimana nak mendapatkan cinta sejati?. Adakah cinta sejati utk golongan seperti aku nie?. Jawapanyer aku sendiri pun tak pasti. Perlukah cinta utk golongan seperti aku nie?. Lelaki bercinta sesama lelaki?, tak pelik ker bunyinyer, entahlah, hanya yg pernah melalui akan merasainyer. Aku pernah melaluinya.Memang sesuatu yg indah, tapi macam mana yer?Apa yg indahnyer?.
Apa pengertian cinta bagi kaum aku, bagi aku ia macam satu hubungan pasangan yg baru berkahwin agaknyer.Boleh aku umpakan jugak macam pasangan suami dan isteri (lelaki + lelaki),sama2 mengharapkan kasih sayang, saling memahami antara satu sama lain, bertolak ansur dlm apa keadaan(ader ker).Tapi persoalannyer, mampukah ia bertahan. Ader yg bersama selama seminggu, dua minggu, bulan n tahun. Aer ker yg kekal sampai ke akhir hayat, enthlah, aku pun tak fahamlah percintaan golongan aku nie.......
bersambung pada blog akan datang...........
amir79 @ 1:29 PM | comment link here

Comments: Post a Comment

::aboutme::

Name:Simpleguy79
Age:27
Nationality:Malaysia
About me:Luahan hati aku,persaan aku dari apa yg aku rasa,aku luahkan, sama ada org suka ataupun tidak, terpulang,hidup mesti ader prinsip,pedulikan apa orang kata.Apa yg penting "PERSAAN KITA ADALAH HAK MILIK KITA".

::recent::

MAN HUNT INTERNATIONAL 2006 Supermodel WHITNEY HOUSTON,KYLIE MINOGUE & GEORGE MICHAEL QUEEN DIVA

::archives::

08/06/06
08/08/06
08/09/06
08/10/06

::links::

[Y aka Darklighter] [Leehazim]
[Fibie D La Rosa] [Prof.ImahLenggok]
[Ginger] [Nurlea Laurielle]
[Arezeo] [AdamDryx]
link 2
link 3

::tagboard::

paste the codes -
Powered by TagBoard Message Board
and Find Cheap Web Hosting Space
Name

URL or Email

Messages(smilies)

-

::clickin' till it hurts::



xxxblog
xxxblog

::My theme song::

queer eye for the blog skins: designed by Amir79, only at blogskins